Sunday, January 9, 2011

9 januari 2010..............................................10.30mlm

saya terambil post dari blog: http://panjanghitam.blogspot.com/2011/01/tak-jadilah-nak-beli-sardin-ni.html


Saturday, January 8, 2011

"Tak Jadilah Nak Beli Sardin Ni!"

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu harganya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.
Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"
"Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si
ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.
Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.
"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.
Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer."
Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.
Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.
Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.
Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju.

Tuesday, January 4, 2011

Cikgu baru di tahun baru....

Kisah sedih anak Melayu berkongsi baju sekolah

Salam,
 http://pkrlabuan.files.wordpress.com/2010/10/lukarakyat1.jpg
 Gambar hiasan

Setiap kali bermulanya musim persekolahan , Pak Menteri di Malaysia akan bersuara “ Jangan bebankan ibu bapa dengan bayaran yang tinggi” memberi ingatan kepada pentadbir sekolah.

Esoknya , keluarlah berita berkenaan dalam media massa utama. Rakyat terutama yang berfahaman Umno totok pun mendabik dada berlejeh air liur berkata “ baguihnya , kerajaan kita”

Hakikatnya, Pak Menteri bercakap hanya untuk melepaskan diri kerana ibu bapa yang anaknya bersekolah pasti kena membayar yuran naik setiap tahun. Mana ada yuran, kan kerajaan dah hapuskan yuran? Bukan hapus sebenarnya tapi tukar nama jadi bayaran tambahan.

Ibu bapa berfahaman Umno totok selalu akan marah kepada guru kelas  yang kutip bayaran tambahan di sekolah. Kononnya, menteri dah arah jangan bebankan ibu bapa. Tahukah mereka, guru kelas kalau bukan arahan pentadbir sekolah tak ada yang saja-saja nak kutip duit dari pelajar.

Sekolah pun tak boleh nak salahkan juga, sebab kalau tak kutip bayaran tambahan mana nak cari duit untuk laksana aktiviti kepada pelajar di sekolah. Kerajaan mana ada bagi peruntukan untuk semua aktiviti, potong peruntukan lagi ada. 

Mesyuarat agung PIBG pula jadi  tempat meluluskan berapa bayaran tambahan, ibu bapa ramai yang tak pergi mesyuarat agung. Kalau pergi pun malu nak bercakap,  jadi kenalah bayar bayaran tambahan.

Memang la tak wajib bayar, tapi pentadbir sekolah dok suruh guru kelas minta hari-hari. Kalau kelas mereka ramai tak bayar , guru besar atau pengetua pandang semacam ja. Jadi terpaksalah minta pelajar bayar. Pelajar pun ada sifat malunya, dah hari-hari cikgu minta bayar yuran nak pi sekolah pun malu.

Pelajar pun hari-hari peringat ibu bapa suruh cari duit bayar yuran. Akhirnya, terpaksalah bayar yuran walaupun ada bayaran lain yang lebih penting patut didahulukan. 

Bukan bayaran tambahan sahaja kena bayar, yuran PIBG, buku nota dan latihan, alat tulis, beg sekolah, pakaian sekolah , bas sekolah. Paling rendah untuk seorang anak ibu bapa kena keluar RM 300. Bayangkan jika ada 3 hingga 5 anak bersekolah.

Inilah yang berlaku setiap tahun, ibu bapa terpaksa hadapinya semata-mata kerana nak sekolahkan anak-anak. Ibu bapa yang senang tak ada masalah, tapi ibu bapa yang pendapatannya kecil akan rasai  peritnya.

Penulis akan paparkan kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah….. 

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. 

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. 

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. 

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. 

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. 

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. 

Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. 

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. 

Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 

 “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” 

Dia terkejut dan wajahnya berubah. 

 “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya 

 “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” 

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” 

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. 

Cerita-cerita  begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut; 
i. Solat sunat 
ii. puasa sunat 
iii. berzikir 
iv. bersedekah 
v. mengusap rambut anak yatim 
vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain 
vii. membantu orang susah

4 januari 2010....................................4.04ptg

January 04, 2011

Melahirkan Anak Luar Nikah Adalah Semudah ABC

Semalam,aku dengan wife aku,pegi scan tengok baby aku kat Klinik.Alhamdullilah nak dekat 19 minggu dah tapi semalam boleh scan biasa aje sebab klinik tu takde scan yang 3D lagi.Kalau nak buat scan 3D pun kena tunggu 20 minggu lebih baru boleh buat.Sebenarnya aku agak awkard nak pegi sebab masuk kat Pusat Rawatan Islam tapi jeans aku koyak2 kat lutut.(Nurse-nurse situ hot-hot)

Bila doktor letak aje scanner atas perut isteri aku,aku nampak kepala dia.Lepas tu aku nampak tangan anak aku dok bergerak-gerak."Huiyo!" Itu aje lah aku mampu cakap.Aku tenung dia lama-lama tengok kepala dia,tengok jantung dia....nampak dia dok gerak-gerak guling-guling.

"Doktor,doktor,tak nampak kaki dia.." tanya aku."Sekejap ye,saya try carik kaki dia.." kata doktor tu.

Dia tenyeh-tenyeh scanner tu lagi dan kemudian nampaklah kaki dia tengah tegak (sebab kecik lagi jadi kaki dia still terapung-apung).

"Ni tulang belakang dia,dah lengkap.Ni jantung.Ni kepala.Ni tangan.Ni kaki..Alhamdulillah semua lengkap!" kata doktor.Aku tenung-tenung tulang belakang dia...cantik aje rupa dia,tapi sebab anak aku berpusing menghadap arah lain jadi tak tau lagi jantina apa.Doktor ambik measurement dan aku cek balik ukuran dia dengan expected growth rate,semua normal dan mengikut kadar yang sepatutnya.

Aku tengok monitor tu lama-lama.Punyalah banyak dugaan nak sampai ke tahap ni sebelum ni tapi bila baca berita,ada orang boleh tinggalkan anak diorang dekat sapa-sapa.Ada jugak orang yang sanggup buang baby diorang dalam tong sampah,dalam jamban.Tertanya-tanyalah aku,kenapa Tuhan seolah-olah menghukum orang kita sekarang ni?

Yang anak luar nikah,mudah pulak urusan dia daripada projek berzina hinggalah pergi bersalin.Kalau dah sanggup buang anak mesti pihak family tak tau yang anak dia mengandung kot?Diorang punya proses nampak mudah aje.Romen sekali,terus mengandung,kalau tak sempat gugurkan,bersalin....kemudian dibuang.Mudah....Tapi,bagi yang dah kahwin ni,banyak pulak dugaan dia.Ada yang tak subur,ada yang sperma lemah,ada jugak suami isteri yang tak mampu dapat anak sebab keadaan fizikal diorang,ada pasangan yang dah mencuba 10 tahun tapi still tak berjaya.

Yang beromen tak tentu hala,pakai 2 kondom pun kadang-kadang termengandung!

Mungkin Tuhan laknat kita kot,sebab tu dia senangkan yang haram dan susahkan yang halal.Entahlah...rezeki yang bersih makin susah nak diperolehi kat negara kita sekarang ni.Yang basi,yang dah berulat,berlambak-lambak!
http://cursingmalay.blogspot.com/2011/01/melahirkan-anak-luar-nikah-adalah.html