Wednesday, May 11, 2011

Cerita didik anak.....


Di Malaysia.....................................................


Pengetua cemerlang dikelilingi doktor


SHAMSHIAH Ahmad sudah 32 tahun berkhidmat sebagai guru dan pentadbir sekolah. Lantaran dedikasi dan kualiti kerja yang ditunjukkan, beliau telah empat kali dipilih menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga diiktiraf sebagai Pengetua Cemerlang pada tahun 2008.

Bagaimanapun, Shamshiah pada usia 56 tahun masih ingin mencipta lebih banyak kejayaan.

“Saya mahu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane mendapat status sekolah kluster tahun depan,” ucap pengetua kanan sekolah yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Program pengiktirafan sekolah kluster yang dimulakan oleh kerajaan pada tahun 2007 bertujuan memberi lebih autonomi kepada sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Sekolah kluster mendapat keistimewaan dalam bidang pengurusan sumber manusia, mewujudkan dana dan tabungan sekolah, pengambilan murid, pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dan peperiksaan.


Keibuan

Setakat ini, sebanyak 124 buah sekolah di seluruh negara sudah mendapat status itu.

Dengan tempoh perkhidmatan yang berbaki tiga tahun lagi, impian itu tidak mustahil untuk dicapai Shamshiah.

“Dari segi kokurikulum, kami sedang menyediakan pasukan pancaragam dan sukan bola baling yang mampu bertanding di peringkat yang lebih tinggi lagi.

“Dalam bidang akademik pula, sekolah kami telah menerima lonjakan sarjana sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2007 dan 2009 kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah,” katanya.

Selain itu, SMK Cochrane juga telah mewujudkan tiga aliran pembelajaran iaitu kelas aliran agama, aliran perdana dan prauniversiti.

“Prauniversiti adalah hasil inisiatif sekolah ini bagi menjenamakan semula kelas tingkatan enam supaya pelajar terbabit merasakan mereka sudah selangkah memasuki universiti,” kata Shamshiah.

Semasa menjalankan tugas sebagai pengurus sekolah, raut wajah wanita ini sememangnya kelihatan garang.

Bagaimanapun, naluri keibuan menyebabkan beliau bukan sahaja menganggap semua pelajar sebagai anak murid bahkan seperti anaknya sendiri. Guru-guru pula dilayan seperti rakan.

Shamshiah, anak sulung daripada 11 adik-beradik berkata, ibu bapa dan guru sama-sama bertanggungjawab membentuk minda pelajar.

Sebagai pengetua, peranannya adalah untuk meningkatkan kemampuan guru membina acuan untuk generasi masa depan itu.

Bukan mahu mendabik dada, tetapi kata Kak Shamshiah, keikhlasan beliau memikul tanggungjawab di sekolah sekurang-kurangnya telah dibalas dengan kejayaan tujuh orang anaknya, lima perempuan dan dua lelaki.

“Bila kita ikhlas bekerja, Allah akan balas dari segi lain pula. Saya bangga kerana tiga anak saya sudah bergelar doktor, tiga lagi sedang mengikuti pengajian perubatan di universiti manakala yang bongsu, Adham Dan masih bersekolah dalam tingkatan lima di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

“Dia juga bercita-cita mengikuti jejak langkah kakak dan abangnya,” kata Shamshiah yang mengakui beliau gembira kehidupannya kini ‘dikelilingi’ para doktor.

Suami Shamshiah sendiri, Prof. Madya Dr. Adnan Dan merupakan doktor perubatan yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Doktor

Menurut Shamshiah, anak pertamanya, Dr. Syuhada Dan, 30, berkhidmat di Hospital Kuala Terengganu, yang kedua, Dr. Adneen Dan, 28, di Hospital Kuala Lipis dan ketiga, Dr. Syahira Dan, 26, di sebuah hospital di Scotland.

Manakala tiga lagi anaknya yang masih belajar di peringkat ijazah iaitu Syarfa Dan, 24, di Universiti Kaherah, Mesir, Syafiqah Dan, 22, di Universiti Tanta, Mesir dan seorang lagi, Syazwani Dan, 19, di Kolej Mara Banting – International Baccalaureate iaitu kursus persediaan untuk ke luar negara.

“Saya dan suami tidak pernah menyuruh mereka menjadi doktor.

“Malah, ayah mereka selalu mengingatkan bahawa kerjaya doktor memerlukan komitmen yang tinggi.

“Tetapi anak-anak menganggap ia sebagai satu cabaran,” katanya yang selalu duduk berbincang mengenai apa sahaja topik dengan ahli keluarga.

Bagi Shamshiah, pendekatan sentuhan serta belaian bukan sahaja dipraktikkan bersama anak-anak di rumah bahkan boleh dilakukan di sekolah.

“Dalam menangani pelajar nakal atau kurang minat dengan pelajaran, saya lebih suka mengadakan sesi kaunseling.

“Kalau boleh tindakan buang sekolah itu adalah penyelesaian terakhir. Saya akan cuba ambil pendekatan lain terlebih dahulu,” katanya.

Shamshiah juga sempat berpesan supaya ibu bapa memilih makanan yang sihat dan bersih untuk anak-anak mereka. Kongsi beliau, makanan juga antara faktor menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak terutamanya dalam bidang akademik. - Kosmo
 source:http://lagiberita.blogspot.com/2011/05/pengetua-cemerlang-dikelilingi-doktor.html

Di China.....................................................




Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe internet di Hechi, China selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia menyerbu kafe internet itu sebelum menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya kerana berang anaknya enggan mematuhi nasihat yang diberikannya. Sebelum itu, Tan dikatakan telah bertindak membuang komputer di rumahnya kerana anaknya menghabiskan masa sepanjang hari dengan bermain komputer.

Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak mendengar nasihat dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."

Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.

Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari internet.

Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh internet. Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. 
source: http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/05/kerana-ingkar-nasihat-bapa-seret-anak.html

Monday, April 25, 2011

Minggu ke 17

 
duk belajar matematik...
 
 
Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi sudah boleh bergerak ! Tetapi tak perlu risau jika Anda tak merasakannya lagi. Semakin banyak kalsium yang disimpan dalam tulang bayi selaras dengan perkembangan rangkanya. Bayi Anda berukuran 116 mm dan beratnya 80 gram
 
 
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.







Minggu 17
 
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Rambut, kening, bulu mata bayi mula tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. cap jari sudah mula terbentuk. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak coklat mula berkembang, untuk menjada suhu tubuh bayi setelah lahir.
 
Tahukah Anda ? ketika dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari total berat badannya.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.


Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Wednesday, April 13, 2011

usia 15 minggu............

Janin usia Duabelas Minggu

Panjang janin sekarang sekitar 6,5 cm dan bobotnya sekitar 18 gram. Kepala bayi menjadi lebih bulat dan wajah telah terbentuk sepenuhnya. Jari-jari tangan dan kaki terbentuk dan kuku mulai tumbuh. Bayi mulai menggerak-gerakkan tungkai dan lengannya, tetapi ibu belum dapat merasakan gerakan-gerakan ini.


Janin usia Limabelas Minggu
 
Usia 15 minggu... hampir 16 minggu... sudah terlhat jelas semua... kepala... badan.. tangan mungilnya bergerak2... begitu jg dengan kakinya... sesekali kepala dan wajahnya bergerak2...
ya Allah....
Panjang dede bayi 9 cm... lebar kepalanya 3 cm...
posisi dede bayi yang pertama.... kepala di atas... 

 
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
 
 
Ibu
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
 
 
 
 
Janin usia Enambelas Minggu

Panjang janin sekarang sekitar 16 cm dan bobotnya sekitar 35 gram. Dengan bantuan scan, kita dapat melihat kepala dan tubuh bayi, kita juga dapat melihatnya bergerak-gerak. Ia menggerak-gerakkan seluruh tungkai dan lengannya, menendang dan menyepak. Inilah tahap paling awal di mana ibu dapat merasakan gerakan bayi. Rasanya seperti ada seekor kupu-kupu dalam perutmu. Tetapi, ibu tidak perlu khawatir jika belum dapat merasakan gerakan ini. Jika si bayi adalah anak pertama, biasanya ibu agak lebih lambat dalam merasakan gerakannya.

 

Wednesday, March 30, 2011

10 perkara yang boleh diteladani dari jepun..

Japan's spirit of resilience is drawn from a unique combination of the Shinto, Buddhist,and Confucian philosophies.

1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.

2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.

3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall.

4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.

5. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.

6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?

7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.

8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.

9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.

10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly.

Monday, March 14, 2011

Engkaulah Suami Yang Aku Impikan

Engkaulah Suami Yang Aku Impikan

Share 

KKetika engkau mencintaiku, engkau menghormatiku. Dan ketika engkau membenciku, engkau tidak mendzalimiku. (Dr. Ramdhan Hafidz)

Aku masih ingat saat malam pertama kita, saat itu engkau mengajakku soalat Isya’ berjamaah. Setelah berdoa engkau kecup keningku lalu berkata: “Dinda, aku ingin engkau menjadi pendampingku Dunia-Akhirat”.

Mendengar ucapan itu, akupun menangis terharu. Malam itu engkau menjadi sosok seperti Sayidina Ali yang bersujud semalam suntuk kerana bersyukur mendapatkan sosok isteri seperti Siti Fatimah. Apakah begitu berharganya aku bagimu sehingga engkau mensyukuri kebersamaan kita?

Malam itu, aku tidak dapat mengungkapkan rasa syukurku ini dengan ucapan. Aku hanya mampu mengikutimu, bersujud di atas hamparan sajadah. Tanpa bisa aku membendung air mata ini tiada hentinya mengalir kerana mensyukuri anugerah Allah yang diberikan padaku dalam bentuk dirimu.

Akupun berikrar, aku ingin menjadi sosok seperti Siti Fatimah, dan aku akan berusaha menjadi isteri sebagaimana yang engkau impikan.

Dan ternyata sujud itu bukan hanya di saat malam pertama, setiap kali aku terbangun pada akhir sepertiga malam, ku lihat engkau sedang bersujud dengan penuh kekhusu’an.

Aku kadang-kadang iri dengan kesolihanmu, engkau terlena dalam sujudmu sedang aku berbaring di atas katil yang empuk dengan sejuta mimpi. Kenapa engkau tidak membangunkan aku? Padahal aku ingin bermakmum padamu agar kelak aku tetap menjadi isterimu di surga. Aku hanya merasakan kecupan hangat melengkapi tidur malamku saat engkau terbangun untuk melakukan solat malam. Apakah kecupan itu sebagai isyarat agar aku terbangun dari tidurku dan melaksanakan solat berjamaah bersamamu? Atau kerana engkau tidak tega membangunkan aku saat engkau melihat begitu pulasnya aku dalam tidurku?

Aku yakin, dengan ketaatanmu pada agama, engkau akan membahagiakanku dunia-akhirat. Tidakkah agama kita mengajarkan bagaimana suami harus menyayangi isteri, membuatnya bahagia, melindungi dan membuatnya tersenyum. Dan sebaliknya, isteri harus berbakti, melayani dan membuat suaminya terpesona padanya.

Aku tidak peduli siapakah engkau, miskin dan kaya tidak ada bezanya bagiku. Aku hanya tertarik pada sosokmu yang bersahaja dan sederhana. Raut wajahmu yang penuh dengan keikhlasan membuatku ingin selalu menatapnya. Lembutnya sifatmu membuatku yakin bahwa engkau adalah suami yang dapat menerima segala pemberian Tuhan dan akan menyayangiku apa adanya.

Aku tidak peduli dengan rumah comel dan sederhana yang engkau persembahkan untuk kita tempati bersama. Rumah yang hanya terdiri dari ruang tamu, kamar kita, dan satu ruangan yang berisi buku-buku terutama buku agama. Namun dari rumah yang comel ini, aku melihat taman surgawi menjelma di sini. Aku yakin engkau adalah sosok suami yang tekun belajar dan memahami agama, dan dengan bekal ini aku yakin engkau dapat membimbingku untuk meraih syurga ilahi. Sebagaimana agama kita telah mengisyaratkan bahawa, barang siapa berjalan dijalan ilmu, maka Allah akan mempermudah jalan menuju ke syurga.

Saat kulihat engkau begitu berbakti kepada kedua orang tuamu dan senang menjalin silaturahim, aku yakin engkau akan berlaku baik pada anak-isterimu. Aku lihat engkau jarang sekali berbicara, tapi masya Allah kalau sedang bekerja, engkau menjadi sosok yang tekun dan rajin.

Dan dari cara tutur katamu, aku mendengar kata-kata mutiara yang penuh hikmah, sehingga yang tergambar dalam fikiranku adalah sosok Lukmanul Hakim, sosok suami dan ayah yang selalu mendidik keluarganya, mengajarkan anaknya untuk tidak menyekutukan Allah.

Sungguh aku bangga mempunyai suami sepertimu melebihi kebanggaanmu padaku. Aku lebih memerlukanmu jauh melebihi keperluanmu padaku. Terima kasih suamiku, kerana engkau telah membimbingku… -dakwatuna


http://greenboc.blogspot.com/2011/03/engkaulah-suami-yang-aku-impikan.html

Wednesday, March 9, 2011

Seorang Gadis Kecil Bernama Bar’ah (True Story)

Posted on Wednesday, March 09 @ 06:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Luar Negara Oleh: zharifjenn

"Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang kedua orang tuanya adlah doktor. Mereka sekeluarga telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Pada usia semuda ini, Bar'ah menghafal seluruh Al Qur'an dengan tajwid, dia sangat pintar dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah matang berbanding kanak-kanak yang seusianya.

Keluarganya amat komited terhadap agama Islam dan ajaran-ajarannya. Hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang agak kronik dan setelah beberapa kali diperiksa, di kesan ibu Bar'ah menderita penyakit barah, dan barah ini sudah dalam keadaan yang kritikal.

Ibu Bar'ah berfikir untuk memberitahu puterinya, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak dapat berjumpa ibunya lagi disampingnya. Ibu bar'ah berpesan kapada anaknya "Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan kamu, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak.. "

Gadis kecil itu tidak mengerti dan memahami sepenuhnya apa yang ibunya berusaha beritahukan, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke wad untuk waktu yang agak lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu balik sekolah untuk menjenguk ibunya di wad dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sehinggakan ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah bar'ah bahwa keadaan istreinya itu sangat teruk dan ia perlu datang secepat mungkin. Ayah Bar'ah segera menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital, Ayah Bar'ah memintanya untuk tinggal di kereta. Ini supaya Bar'ah tidak terkejut jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk ke dalam hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju dan melanggar ayah Bar'ah dan dia meninggal di tempat kejadian di depan puterinya itu...tak terbayangkan ..tangis gadis kecil pada saat itu...

Tragedi Bar `ah belum selesai sampai di situ. Berita kematian ayahnya yang terpaksa disembunyikan dari ibu bar'ah yang masih terlantar di wad, namun setelah lima hari selepas kematian suaminya akhirnya ibu Bar'ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya. Ibu Bapa rakan-rakan sekolah Bar'ah memutuskan untuk mencari kerabatnya di Mesir, sehingga kerabatnya boleh menjaganya.

Tak berapa lama tinggal di mesir, gadis kecil Bar `ah mulai mengalami sakit mirip dengan ibunya. Setelah beberapa kali diperiksa, Bar'ah didapati mengidap kanser. Sungguh memeranjatkan ketika ia di beritahu menderita kanser. Inilah kata-kata Bar'ah ketika itu: "Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya."

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya. Subhanallah..

Orang ramai mulai mendengar tentang Bar `ah dan ceritanya, dan pihak Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya. Pihak Saudi mengirimnya ke Britain untuk mendapatkan rawatan penyakit ini.

Salah satu saluran TV Islam Al Hafiz dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran. Dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar'ah.


Mereka menghubungi lagi Bar'ah sebelum ia pergi ke bandar Coma dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dan menyanyikan Nasyid.

Hari-hari berlalu dan barah mula merebak ke seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan dia bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya ... tapi beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, barah telah menyerang ke otaknya. doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bar'ah berada di sebuah rumah sakit di Britain untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Berdoalah untuk Bar'ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia.

Jadikanlah Sabar dan Shalat Sebagai Penolongmu. Dan Sesungguhnya Yang Demikian itu Sungguh Berat, Kecuali Bagi Orang-Orang yang Khusyu [ Al Baqarah : 45 ]"

Seorang Gadis Kecil Bernama Bar’ah (True Story)

Posted on Wednesday, March 09 @ 06:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Luar Negara Oleh: zharifjenn

"Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang kedua orang tuanya adlah doktor. Mereka sekeluarga telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Pada usia semuda ini, Bar'ah menghafal seluruh Al Qur'an dengan tajwid, dia sangat pintar dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah matang berbanding kanak-kanak yang seusianya.

Keluarganya amat komited terhadap agama Islam dan ajaran-ajarannya. Hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang agak kronik dan setelah beberapa kali diperiksa, di kesan ibu Bar'ah menderita penyakit barah, dan barah ini sudah dalam keadaan yang kritikal.

Ibu Bar'ah berfikir untuk memberitahu puterinya, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak dapat berjumpa ibunya lagi disampingnya. Ibu bar'ah berpesan kapada anaknya "Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan kamu, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak.. "

Gadis kecil itu tidak mengerti dan memahami sepenuhnya apa yang ibunya berusaha beritahukan, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke wad untuk waktu yang agak lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu balik sekolah untuk menjenguk ibunya di wad dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sehinggakan ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah bar'ah bahwa keadaan istreinya itu sangat teruk dan ia perlu datang secepat mungkin. Ayah Bar'ah segera menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital, Ayah Bar'ah memintanya untuk tinggal di kereta. Ini supaya Bar'ah tidak terkejut jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk ke dalam hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju dan melanggar ayah Bar'ah dan dia meninggal di tempat kejadian di depan puterinya itu...tak terbayangkan ..tangis gadis kecil pada saat itu...

Tragedi Bar `ah belum selesai sampai di situ. Berita kematian ayahnya yang terpaksa disembunyikan dari ibu bar'ah yang masih terlantar di wad, namun setelah lima hari selepas kematian suaminya akhirnya ibu Bar'ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya. Ibu Bapa rakan-rakan sekolah Bar'ah memutuskan untuk mencari kerabatnya di Mesir, sehingga kerabatnya boleh menjaganya.

Tak berapa lama tinggal di mesir, gadis kecil Bar `ah mulai mengalami sakit mirip dengan ibunya. Setelah beberapa kali diperiksa, Bar'ah didapati mengidap kanser. Sungguh memeranjatkan ketika ia di beritahu menderita kanser. Inilah kata-kata Bar'ah ketika itu: "Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya."

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya. Subhanallah..

Orang ramai mulai mendengar tentang Bar `ah dan ceritanya, dan pihak Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya. Pihak Saudi mengirimnya ke Britain untuk mendapatkan rawatan penyakit ini.

Salah satu saluran TV Islam Al Hafiz dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran. Dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar'ah.


Mereka menghubungi lagi Bar'ah sebelum ia pergi ke bandar Coma dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dan menyanyikan Nasyid.

Hari-hari berlalu dan barah mula merebak ke seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan dia bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya ... tapi beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, barah telah menyerang ke otaknya. doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bar'ah berada di sebuah rumah sakit di Britain untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Berdoalah untuk Bar'ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia.

Jadikanlah Sabar dan Shalat Sebagai Penolongmu. Dan Sesungguhnya Yang Demikian itu Sungguh Berat, Kecuali Bagi Orang-Orang yang Khusyu [ Al Baqarah : 45 ]"

Monday, March 7, 2011

Hujjah Al-Quran

‘Kalah’ Melawan Al-Quran, Dr Jeffrey Lang Menerima Islam


Sejak kecil Dr Jeffrey Lang dikenali dengan sifat ingin tahu. Beliau kerap menanyakan logiknya sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional.

“Ayah, ayah percayakah syurga itu wujud?” tanya Jeffrey sewaktu ia kecil kepada ayahnya tentang kewujudan syurga, ketika kedua-duanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai. Bukan suatu kejutan jika kelak Jeffrey Lang menjadi profesor matematik, sebuah wilayah dimana tak ada tempat selain logik.

Ketika menjadi siswa tahun terakhir di Notre Dam Boys High, sebuah sekolah Katholik, Jeffrey Lang memiliki beberapa penolakan rasional terhadap keyakinan akan kewujudan Tuhan. Perbincangannya dengan pendita sekolah, orangtuanya, dan rakan sekelasnya tak juga mampu memuaskannya tentang kewujudan Tuhan. “Tuhan akan membuatmu tertunduk, Jeffrey!” kata ayahnya ketika ia membantah kewujudan Tuhan di usia 18 tahun.

Ia akhirnya memutuskan menjadi atheis pada usia 18 tahun, yang berlangsung selama 10 tahun ke depan selama menjalani kuliah S1, S2, dan S3, hingga akhirnya memeluk Islam.

Adalah beberapa ketika sebelum atau sesudah memutuskan menjadi atheis, Jeffrey Lang mengalami satu mimpi. Berikut penuturan Jeffrey Lang tentang mimpinya itu:

Kami berada dalam sebuah ruangan tanpa sebarang perabot. Tak ada apa pun di tembok ruangan itu yang berwarna putih kelabu.

Satu-satunya ‘hiasan’ adalah karpet berpola dominan merah-putih yang menutupi lantai. Ada sebuah jendela kecil, seperti jendela ruang bawah tanah, yang terletak di atas dan menghadap ke kami. Cahaya terang mengisi ruangan melalui jendela itu.

Kami membentuk deretan. Saya berada di deret ketiga. Semuanya lelaki, tak ada wanita, dan kami semua duduk di lantai di atas tumit kami, menghadap arah jendela.

Terasa asing. Saya tak mengenal seorang pun. Mungkin, saya berada di sebuah negara lain. Kami menunduk serentak, muka kami menghadap lantai. Semuanya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Kami serentak kami kembali duduk di atas tumit kami. Saat saya melihat ke depan, saya sadar kami dipimpin oleh seseorang di depan yang berada di sisi kiri saya, di tengah kami, di bawah jendela. Ia berdiri sendiri. Saya hanya dapat melihat sekejap bahagian punggungnya. Ia memakai jubah putih panjang. Ia mengenakan selendang putih di kepalanya, dengan corak merah. Ketika itulah saya terbangun.

Sepanjang sepuluh tahun menjadi atheis, Jeffrey Lang beberapa kali mengalami mimpi yang sama. Bagaimanapun, ia tak terganggu dengan mimpi itu. Ia hanya merasa nyaman tatkala terjaga. Sebuah perasaan nyaman yang aneh. Ia tak tahu apa itu. Tak ada logik di sebalik itu, dan kerananya ia tak peduli sekalipun mimpi itu berulang.

Sepuluh tahun kemudian, saat pertama kali memberi kuliah di University of San Fransisco, dia bertemu murid Muslim yang mengikuti kelasnya. Tak hanya dengan murid tersebut, Jeffrey pun tak lama kemudian menjalin persahabatan dengan keluarga murid itu. Agama bukan menjadi topik bahasan tatkala Jeffrey menghabiskan waktu dengan keluarga sang murid. Hingga setelah beberapa waktu salah satu anggota keluarga sang murid memberikan Alquran kepada Jeffrey.

Sekalipun tak sedang berniat mengetahui Islam, Jeffrey mulai membuka-buka Alquran dan membacanya. Saat itu kepalanya dipenuhi berbagai prasangka.

“Anda tak boleh hanya membaca Alquran, tidak boleh jika anda tidak menerimanya secara serius. Anda harus, pertama, memang benar-benar telah menyerah kepada Alquran, atau kedua, ‘menentangnya’,” ungkap Jeffrey.

Ia kemudian mendapati dirinya berada di tengah-tengah pergelutan yang sangat menarik. “Ia (Alquran) ‘menyerang’ diri anda secara langsung, begitu personal. Alquran itu akan berdebat, mengkritik, memalukan, sekaligus mencabar anda. Sejak awal ia (Alquran) menggariskan satu garis perang, dan saya berada di wilayah yang bertentangan.”

“Saya menderita kekalahan yang parah (dalam pergelutan). Dari situ menjadi jelas bahawa 'Penulis' (Alquran) mengenali diri saya lebih baik daripada saya mengenali diri saya sendiri,” kata Jeffrey. Ia mengatakan seakan Penulisnya dapat membaca fikirannya. Setiap malam ia menyiapkan sejumlah pertanyaan dan persoalan, namun selalu mendapati jawabannya pada bacaan berikutnya, seiring ia membaca halaman demi halaman Alquran secara berurutan.


“Alquran selalu jauh di depan pemikiran saya. Ia menghapus halangan yang telah saya hadapi bertahun-tahun lalu dan menjawab pertanyaan saya.” Jeffrey mencuba melawan dengan keras dengan keberatan dan pertanyaan, namun semakin jelas ia kalah dalam pergelutan. “Saya dituntun ke sudut di mana tak ada lain selain satu pilihan.”

Saat itu awal 1980-an dan tak ramai Muslim di kampusnya, University of San Fransisco. Jeffrey mendapati sebuah ruangan kecil di basement sebuah gereja di mana sejumlah mahasiswa Muslim melakukan solat. Selesai pergelutan panjang di benaknya, ia memberanikan diri untuk mengunjungi tempat itu.

Beberapa jam mengunjungi di tempat itu, ia mendapati dirinya mengucap syahadat. Selesai syahadat, waktu solat dzuhur tiba dan ia pun diundang untuk menyertainya. Ia berdiri dalam deretan dengan para mahasiswa lainnya, dipimpin imam yang bernama Ghassan. Jeffrey mulai mengikuti mereka solat berjamaah.

Jeffrey ikut bersujud. Kepalanya menempel di karpet merah-putih. Suasananya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Ia lalu kembali duduk di antara dua sujud.

“Saat saya melihat di hadapan, saya dapat melihat Ghassan, di sisi kiri saya, di tengah-tengah, di bawah jendela yang menerangi ruangan dengan cahaya. Dia sendirian, tanpa barisan. Dia mengenakan jubah putih panjang. Selendang (scarf) putih menutupi kepalanya, dengan corak merah.”

“Mimpi itu! Saya berteriak dalam hati. Mimpi itu, sebijik! Saya telah benar-benar melupakannya, dan sekarang saya tertegun dan takut. Apakah ini mimpi? Apakah saya akan terbangun? Saya cuba memfokus apa yang terjadi untuk memastikan apakah saya tidur. Rasa dingin mengalir cepat ke seluruh tubuh saya. Ya Tuhan, ini nyata! Lalu rasa dingin itu hilang, berganti rasa hangat yang berasal dari dalam. Air mata saya bercucuran.”

Ucapan ayahnya sepuluh tahun silam terbukti. Ia kini berlutut, dan wajahnya menempel di lantai. Bahagian tertinggi otaknya yang selama ini berisi seluruh pengetahuan dan intelektualitinya kini berada di titik terendah, dalam sebuah penyerahan total kepada Allah SWT.

Jeffrey Lang merasa Tuhan sendiri yang menuntunnya kepada Islam. “Saya tahu Tuhan itu selalu dekat, mengarahkan hidup saya, menciptakan lingkungan dan kesempatan untuk memilih, namun tetap meninggalkan pilihan krusial kepada saya,” ujar Jeffrey kini.

Jeffrey kini professor jurusan matematik University of Kansas dan memiliki tiga anak. Ia menulis tiga buku yang banyak dibaca oleh Muslim AS: Struggling to Surrender (Beltsville, 1994); Even Angels Ask (Beltsville, 1997); dan Losing My Religion: A Call for Help (Beltsville, 2004). Ia memberi kuliah di banyak kampus dan menjadi pembicara di banyak konferensi Islam.

Ia memiliki tiga anak, dan bukan sebuah kejutan anaknya memiliki rasa keingintahuan yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu ia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari ia ditanya oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun, Jameelah, selesai mereka solat Ashar berjamaah. “Ayah, mengapa kita solat?”

“Pertanyaannya mengejutkan saya. Tak sangka berasal dari anak usia lapan tahun. Saya tahu memang jawapan yang paling jelas, bahawa Muslim diwajibkan solat. Tapi, saya tak ingin membuang kesempatan untuk berbagi pengalaman dan keuntungan dari solat. Bagaimana pun, selesai menyusun jawaban di kepala, saya memulai dengan, ‘Kita solat kerana Tuhan ingin kita melakukannya’,”

“Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari solat?” Jameela kembali bertanya. “Sulit menjelaskan kepada anak kecil, sayang. Suatu hari, jika kamu melakukan solat lima waktu tiap hari, saya yakin kami akan mengerti, namun ayah akan coba yang terbaik untuk menjawan pertanyaan kamu.”

‘Dengar sini, buah hati kesayanganku. Tuhan itu sumber kesemua perasaan kasih sayang, cinta, pemurah dan hikmah terhadap segala keindahan — yang kita alami dan rasai. Seperti matahari sumber cahaya yang kita lihat pada siang hari, Tuhan ada sumber kepada semua ini dan banyak lagi. Justeru, kasih sayang yang ayah rasakan untukmu, adik-adikmu, dan ibumu kesemuanya datang dari Allah. Kita tahu Allah itu Pengasih dan Penyayang melalui segala pemberianNya kepada kita di dalam hidup ini. Tetapi hanya di dalam solat, kita dapat merasakan kasih sayang, pemurahnya Allah, dan nikmat pemberianNya itu di dalam cara yang teramat istimewa, di dalam cara yang amat kukoh.

Misalnya, anakku tahu yang ibumu dan ayahmu ini mengasihimu dengan cara kami berdua mengambil berat terhadapmu. tetapi hanya apabila kami memeluk dan menciummu, anakku akan dapat merasakan betapa sayangnya kami terhadapmu. Begitulah tamsilnya, kita tahu Allah menyayangi kita semua dan pemurahnya Dia kerana menjagai kita. Namun hanya pada waktu kita solat, kita dapat merasakan cintaNya itu terlalu benar dan istimewa.’

‘Apakah solat itu menjadikan ayah seorang ayah yang lebih baik?’ Dia bertanyaku.

‘Ayah harap begitu dan ayah harap dapat berfikir begitu, kerana apabila seseorang itu telah "disentuhi" dengan kasih sayang Tuhan di dalam solat, ia terlalu indah dan kukoh, sehinggakan seseorang itu merasakan ingin memperkongsikannya kepada mereka yang ada diskelilingnya, terutama kepada ahli keluarganya. Kadang-kala, selepas penat bekerja seharian, ayah merasa keletihan dan ayah ingin bersendirian. Tetapi jika ayah dapat merasai kasih sayang Allah di dalam solat, ayah akan segera teringat dan melihat ahli-ahli keluarga ayah dan mengingatkan betapa besarnya pemberian Allah menghadiahkan dirimu kepada ayah, dan kesemua cinta dan kasih sayang yang ayah perolehi kerana menjadi ayahmu dan suami kepada ibumu. Ayah tak kata ayah ini seorang yang sempurna, namun ayah percaya ayah tak mungkin menjadi ayah yang baik tanpa solat. Bolehkah diterima hujjah-hujjah ayah itu?’

‘Saya faham apa yang ayah maksudkan,’ jawab Jameelah.

Kemudian dia memeluk saya dan berkata, ‘Dan saya sayang sangat kat ayah!’

‘Ayah pun sayang padamu.’


Sunday, March 6, 2011

Wahai Farahana Jamaluddin

Dunia Ini Kecil Wahai Farahhana Jamaludin !

KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka.

"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Nik Abdul Aziz turut menyifatkan mana-mana mufti yang menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga dan neraka sebagai mufti yang layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

Jelas Farahana, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap angkuh serta mengangkat dirinya ke suatu martabat yang begitu tinggi.

Tambahnya, perbuatan biadab tersebut juga merupakan contoh kepada kepimpinan ala Ayah Pin yang menganggap dirinya nabi pada zaman ini.

"Justeru, saya mencabar Nik Abdul Aziz supaya menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat," ujarnya. - Imej Nik Aziz sama Ayah Pin ?
Hanief: Sekarang ada laman web sosial. Kalau bikin fitnah, habis semua orang akan cari butiran diri kita. Nampak sangat dunia ini begitu kecil.


facebook.com/fj1411

facebook.com/fj1411

profiles.friendster.com/60362681

profiles.friendster.com/60362681

profiles.friendster.com/60362681

Ini mentor Farahhana

Tuesday, March 1, 2011

Orang Menderita Barah Otak kuat beribadat,..... sedangkan kita?

Siapa pun orangtua melihat  buah hatinya terlantar tak berdaya kerana sakit 16 tahun, tentu sedih. Itulah yang dialami Iryani (46). Anak sulung perempuan yang saban hari pekerjaannya mencuci pakaian ini dinyatakan doktor diserang kanser otak, sejak 16 tahun lalu. Dia mengaku terkejut mendengar vonis doktor itu.  Namun dia berusaha tabah. “Saya kuatkan hati ini,” kata Iryani.
Umur Nurul Hikmah, demikian nama anak itu, kini sudah masuk 24 tahun. Sebagai ibu, Iryani jujur mengatakan tak tahan melihat penderitaan anak pertamanya itu, yang hanya boleh berbaring tak berdaya. Kadang dia hanya boleh menangis dan berdoa agar anaknya segera diberikan kesembuhan dan normal seperti sedia kala.
Namun di sisi lain, Iryani juga bersyukur. Sebab, selama sakitnya yang bertahun tahun itu, anaknya tidak pernah mengeluh. Bagi Iryani dan Yahdi (suaminya), atau bagi sesiapapun,  penantian selama 16 tahun bukanlah waktu yang singkat. Namun mereka tetap berusaha bersabar dan menerima segalanya kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala
“Kalau bukan kerana Allah, mungkin saya sudah gila,”kata Iryani, sambil menitikkan air mata. Dia mengucapkan itu seraya tersenyum dan mengelus kaki anaknya.
Hingga kini Yahdi, Iryani, dan Yandi (anak kedua) tak  bosan-bosannya menjaga dan mendampingi Nurul. Ada kalanya mereka menggantikan pakaian dalam Nurul ketika sedang datang bulan, membersihkan buang air yang kadang kala bercampur darah, menyuapi makan, dan memandikannya.
Syukurnya, Nurul bukan anak yang lekas putus asa. Di pembaringannya, ia tetap istiqamah menjalankan solat 5 waktu, puasa Isnin Khamis, dan menunaikan solat Tahajjud sambil berbaring. Zikir pun dia tak lekang, terutama saat rasa sakit menyerang kepalanya. Kadang-kadang kuatnya dia menekan tasbih, mungkin kerana menahan rasa sakit yang hebat, bulir-bulir tasbihnya yang setiap saat dipilinnya itu menjadi hancur. Kerana belum ada ganti tasbihnya, dia berzikir memakai tangan. Ada bekas di jari-jarinya, barangkali juga kerana tekanan yang begitu kuat. “Saya ibadahnya hanya boleh begini, mudah-mudah Allah menerima ibadah dan doa saya,” tutur Nurul mengiba.
Sakalipun tak berdaya. Semangat hidupnya tak meredup. Bahkan dia pun masih punya hasrat untuk menikah suatu ketika. “Iya, hasrat ada. Apalagi kalau mendengar teman-teman saya yang dulu, sudah  nikah dan punya anak,” kata Nurul lemah. “Saya mahu sembuh, biar pun tak 100 peratus. Yang penting oleh berjalan,” sambungnya, suaranya bersih.
Nurul dirawat di rumah ibunya di Jl Al-Busyro, RT 04 Rw 01, Desa Citayam, Kota Depok, Jawa Barat. Iryani tak membawa anakya ke hospital, kerana tak punya wang.
Maklum, Iryani dan Yahdi terolong keluarga miskin. Yahdi perkerjaannya tak menentu. Kadang-kadang jadi ojek,  lain hari menjadi tukang bangunan, lain kali lagi jadi tukang batu.
Sedangkan Iryani, sebagai tukang cuci di Perumahan Asri Permai Komplek Pertanian Citayam Depok, setiap hari berangkat pagi, pulang kalau sudah tengah hari. Dia masih mampu mencuci pakai di antara 2 sampai 3 rumah. Jenis layanan pencucian yang ia terima macam macam, ada selimut dan segala jenis pakaian. Sebulan dalam 1 rumah ada yang member Rp 300 ribu.
Selain itu, ia kadang disuruh seterika baju orang. “Sekali menggosok pakaian ada yang memberi Rp 20 atau Rp 30 ribu,” kisah Iryani. Dari situlah andalan sumber kewangan mengalir, termasuk untuk sekolah anak bungsunya, Yandi Sulaiman (16 tahun) yang kini duduk di bangku SMK, dan untuk makan sehari hari.

Monday, February 28, 2011

Pesanan Tok Kenali

peringatan drpd Tok  Kenali....


 
Tok Kenali (Syaikh Muhammad Yusof Ahmad)

ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan

kuasailah pengetahuan agama dan politik

ilmu itu apa yang terguris dalam hati

pengetahuan manusia terbatas.

Mengaku salah jika bersalah.

Sunnah Tuhan sudahlah wajar

biar mati adat, jangan mati syarak.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Bertanya pada yang tahu.

Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya.

Doa adalah senjata orang mukmin.

Antara sajaknya yang lain menunjukkan betapa tidak selesanya beliau kepada budaya merokok

Perokok itu terhina,

Dungu, membazir dan keji,

kerendahan bagi penagihnya, pasti.

Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati.

Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.

Antara kata-kata hikmatnya:

“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu”

“mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran”,


Dibawah pula doa yang dikatakan sering menjadi amalan Tuk Kenali dan murid-murid beliau sehingga sesudah itu dikenal pula dengan “Doa Tuk Kenali” (Doa mengiringi sembahyang Lima Waktu) yang antara lain bererti: 

wahai tuhan, sesungguhnya saya pohon pada Engkau pemberiannya sempurna , kesihatan yang berkekalan, rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna. Saya pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup, puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan, juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah.”

Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas. Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami, buktikanlah hasrat kami dengan penambahan amalan. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-petang.

Wahai Tuhanku, tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan kepada engkau kami menggantung harapan”.

Dibawah ini sajak yang paling saya suka sila baca bait terakhirnya
(Simbol besi serta keris semua itu dibinasakan Allah)

(sya’ir buat mereka yang mengerti dan memahami)
“Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku,
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku,
Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat,
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad,
Simbol besi serta keris, sekeliannya itu dibinasakan Allah”

-ijoks2009-
Biodata tok kenali disini
Sumber rujukan Disini dan Disini
P/s: Soalan cepu emas ,
Macammana tok kenali dah boleh agak yang suatu hari nanti Islam akan dikianati oleh parti yang guna simbol keris ni ,hehehe

Kisah laknat seekor kuda


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_kTE5qTm3Q_zWg3bs9U32OciYJQuohvOjz4CKw8sOmkaXagyMRoQe7w521Jim6ncUwIq0Q1-HiL8H1b3vuE2uGHrFROKTp8t0pmhx7K8ZXkM2O35oTi0cfIQfUAdXvd5Ox2inbZ-mdgZt/s1600/kuda+luna+maya.jpeg
Gambar hiasan

Suatu hari, Abdullah bin Al-Mubarak pergi ke pasar. Dia telah melihat seekor kuda dijual dengan harga 40 dirham. "Alangkah murahnya kuda ini." katanya.

"Tetapi ada cacatnya," sahut pembeli yang lain.

"Apakah kecacatan kuda ini?" tanya Abdullah.

"Tidak boleh mengejar musuh dan tidak boleh lari dari musuh. Ia akan duduk tetap di tempatnya." ujar pembeli menghina kuda yang murah itu.

"Kalau begitu, kuda ini sungguh bernilai" kata Abdullah sambil berlalu dari situ.

Kuda hina yang dianggap bernilai oleh Abdullah itu akhirnya dibeli oleh anak muridnya. Ketika berlaku perang, dai maju ke medan dengan menunggang kuda itu dan ternyata, ianya berfungsi dengan baik sekali.

Mendengar berita itu, Abdullah bertanya muridnya, "Sudahkah engkau mencuba kecacatannya?"

Dengan jujur, muridnya menjawab, "Betul kuda itu sebagaimana yang tuan guru ceritakan. Ketika saya membeli kuda itu, saya membisikkan ke telinganya 'Hai kudaku, sesungguhnya aku telah bertaubat meninggalkan dosa, maka hari ini, kau harus meninggalkan cacat celamu," kata murid itu. Mendengarkan bisikannya itu, kuda itu menggerak-gerakkan kepala seolah-olah menjawab, "Aku telah meninggalkan dosa,"

Kepada gurunya, murid itu meneruskan cerita, "Di sini aku mengerti bahawa cacat cela itu bukan datang dari kuda, tetapi datang dari pemiliknya. Akibatnya orang kafir itu harus turun dari kudanya. Orang yang zalim seperti juga orang kafir, akan dilaknati oleh kudanya."

Kepada gurunya, murid itu menghuraikan firman Allah dalam surah Hud ayat 8 yang bermaksud : "....ingatlah, kutukan Allah akan ditimpa pada orang-orang yang zalim,"

Dalam ayat tersebut dikatakan, apabila Allah melaknati orang-orang zalim, seluruh miliknya termasuk kudanya akan sama dilaknatinya. Tak hairanlah jika kuda itu ikut melaknati tuannya yang zalim dan kafir itu. Begitu juga laknat yang menimpa orang munafik dan takabbur, sehingga terpaksa mengalah dan turun dari kuda tungganggannya. 
 
http://tulahan.blogspot.com/2011/02/kisah-laknat-seekor-kuda_27.html

Kisah ibu Smith memeluk Islam kerana akhlak anak


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAXpEGJW0qkkXSeDV6u87JJoanC96FzUaLabtcmKOssq9pzLOouiPHjjoXBThiC0vt8EevJasYQ_zx_VFvAqt7cAHPZtsYUJ_JGE62DENLxqjASPgfeuROFi-tbeSH4Pi6diAxHEt5XMLe/s320/doa-untuk-ibu-bapa_1024.jpg
Kisah ini tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah memeluk agama Islam daripada Kristian. Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban , Imam di Masjid Ar-Rahmah di Washington, USA.

Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 1996 , ibunya telah jatuh sakit di Chicago. Ketika dia tiba di rumah ibunya, ia membuka pintu dan ibunya berkata, “Adakah anda Smith?”

Dia berkata, “Ibu, Tidak, Nama saya sekarang adalah Muhammad Abdullah.” “Adakah anda Muslim?” Tanyanya.

Dia berkata, “Ya”.

Ibunya menjadi sangat marah, dan menanyakan mengapa ia mengikuti agama pengganas, kekerasan, dll Ibunya turut mengatakan macam-macam tentang betapa buruknya agama Islam.

Muhammad Abdullah memahami bahawa ibunya telah dicuci otak oleh media. Jadi, selama dia tinggal bersama selama dua minggu, ia tidak pernah berbicara tentang Islam.

Dia hanya menunjukkan dia Islam melalui tindakannya. Dia memasak, membersihkan rumah, membawa ubat-ubatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur.

Ringkasannya, dia memberikan layanan yang baik dan mengambil berat, dengan kebaikan. Ketika tiba waktunya untuk berdoa, dia meminta izin dan berdoa di sisi ibunya.

“Smith, datang ke sini,” kata ibunya selepas dua minggu. “Tahukah anda bahawa ketika anda masih kecil, ayahmu sering membawa anda ke gereja?

Tetapi gereja tidak pernah berubah gaya hidup anda. Bila anda menjadi seorang remaja, anda gunakan untuk pulang ke rumah mabuk-mabuk , dan memanggil nama saya dengan kurang ajar .

“Tapi sekarang anda benar-benar berubah. Anda terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak anda dan abang anda, yang tinggal di bandar ini, hanya menghantar bunga padaku dan memanggil saya melalui telefon. Selain itu, anda selalu membuat saya senang selama dua minggu.

Muhammad Abdullah berkata: “Bu, ini adalah Islam. Adakah anda tahu bahawa setelah Allah SWT meminta saya untuk menyembah Dia, Dia SWT akan meminta saya untuk bersikap baik kepada anda? (17:23).

Dan Nabi Muhammad saw (saw) mengatakan bahawa jika saya menyenangkan Allah, dan aku tidak menyenangkan anda, saya tidak akan boleh masuk syurga. Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa syurga berada di bawah kaki ibumu. ”

Lalu ibunya berkata, “Smith! Apa yang harus saya lakukan jika saya ingin menjadi seperti anda?”

“Adakah anda yakin, Bu? Kau kata sebelum ini bahawa ini adalah agama pengganas,” kata Smith.

Ibunya berkata, “Ya, saya yakin, kerana itu mengubah hidup anda. Ini mengubah keperibadian anda dan perilaku anda.”

Ibunya meninggal 3 tahun selepas itu dan Muhammad Abdullah Smith juga telah meninggal dunia pada 12 Mac 2008 . Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun

Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya. Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama sekarang di tempat yang indah, amin.LoveloveIslam
 
http://tulahan.blogspot.com/2011/02/kisah-ibu-smith-memeluk-islam-kerana_28.html#more 

Saturday, February 26, 2011

bob lokman masuk PAS sebab apa?

Pengakuan Bob Lokman

Jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu. secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PAS di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH. Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat. bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM



http://lensafakhri90.wordpress.com/2011/02/19/bob-lokman-sertai-pas/

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS KEBANGSAAN!!!










Thursday, February 24, 2011

Ikut Islam Sepenuhnya....

Berkorban untuk pendidikan anak-anak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Apabila berasa was-was - untuk melawan hasutan syaitan, hendaklah anda sentiasa mengingati Allah Taala sebagaimana difirmankan oleh Allah bermaksud: "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (Al-A'raaf 200,201)
***

APABILA bulan Januari merangkak pergi, saya fikir sudah amanlah kedudukan kewangan saya, maklumlah anak-anak sudah selesa belajar di sekolah masing-masing. Rupa-rupanya tidak; lebih daripada separuh gaji akhir Januari terpaksa dikorbankan untuk membereskan bayaran yuran anak-anak di sekolah berasrama penuh.

Sebelum ini hampir separuh gaji akhir Disember tahun lalu telah digunakan untuk membiayai pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak seperti buku, beg, pakaian dan juga pelbagai yuran.

Ertinya sudah dua bulan, ibu bapa yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah terpaksa menyisihan sebahagian besar daripada wang perolehan mereka seperti gaji bagi menampung kos pendidikan. Jadi kebanyakan ibu bapa kini sudah ‘kering kontang’, kasihan mereka!

Ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, anak-anak yang belajar di sekolah berasrama penuh pulang bersama-sama senarai yuran yang perlu dibereskan ibu bapa. Melihat senarai bayaran, ada ibu bapa mungkin terasa hendak pitam.

Untuk bayaran makanan saja ibu bapa yang berpendapatan RM5,000 dan lebih sebulan perlu membayar RM750. Jumlah hari persekolahan adalah 250 hari didharabkan dengan RM3 sehari, jadilah RM750. Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang RM5,000, bayarannya adalah sebanyak RM250 (250 hari dharab dengan RM1 sehari).

Dicampur dengan pelbagai yuran lain seperti asrama, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), aktiviti dan sebagainya, jumlah wang dibelanjakan untuk seorang anak di sekolah berasrama penuh boleh mencapai RM1,500. Itu baru seorang, kalau ada tiga orang anak di sekolah berkenaan, tidakkah mahu pitam seseorang bapa dibuatnya!

Selain kos persekolahan anak-anak di sekolah berasrama penuh, mereka yang belajar di sekolah rendah belanjanya pun mahal. Bagi seorang anak yang memulakan pengajian pada tahun baru, kos seorang boleh mencecah sehingga RM500. Pada sesi baru tahun ini, tambang bas sekolah seorang anak saya sudah naik – daripada RM35 sebulan ke RM50.

Bagi keluarga berpendapatan sederhana seperti saya, 50 peratus daripada pendapatan disalurkan kepada keperluan pendidikan anak-anak. Bakinya adalah bagi menampung keperluan makanan, pelbagai bil, bayaran rumah dan kenderaan, kos pengangkutan serta sumbangan kepada ibu bapa. Habis bulan habislah wang, tetapi ada yang malang; baru separuh bulan duit sudah habis.

Saya katakan 50 peratus gaji adalah untuk keperluan pendidikan kerana anak-anak yang memasuki pusat pengajian tinggi memerlukan kos lebih besar. Seorang wanita yang anaknya berada di universiti tempatan memberitahu saya dia mengirimkan RM500 sebulan kepada seorang anak bagi menampung kos makanan dan belanja rencam seperti tambang pengangkutan awam.
Kalau seseorang itu ada tiga anak di universiti, jumlahnya sudah memasuki angka ribuan. Itu baru belanja makanan, bagaimana yuran pengajian dan pelbagai yuran lain yang perlu dibereskan pada awal semester? Memang benar pelajar diberi pinjaman tetapi biasanya jumlah itu tidak memadai.

Demikianlah betapa besar perbelanjaan bagi menghantar anak-anak ke sekolah atau pusat pengajian tinggi. Mereka yang berpendapatan sederhana seperti saya bolehlah tahan, tetapi bagaimana golongan miskin?

Pernah saya membaca laporan bahawa di negara kita ini 80 peratus daripada pendapatan golongan berpendapatan rendah digunakan untuk membeli makanan. Katakan gaji seorang pekerja bertarap rendah RM1,000 sebulan; ini bermakna RM800 daripadanya digunakan untuk membeli makanan, bakinya tinggal RM200 saja. Apakah dengan wang RM200 ini boleh membayar sewa rumah dan menyelesaikan pelbagai bil? Bagaimana mereka mahu membiayai persekolahan anak-anak?

Bingung saya memikirkan bagaimana golongan ini dapat menghadapi hidup. Kasihan mereka, dengan kenaikan harga barangan keperluan, kehidupan golongan ini sebenarnya adalah terlalu sukar. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sebenarnya golongan miskin ini tidak jauh daripada kehidupan kita, cuma kita gagal menjenguk apatah lagi menyelami penderitaan mereka. Sekalipun miskin, mereka ada harga diri sebab itu mereka tidak meminta-minta. Jadi bukalah mata hati untuk mengenali mereka yang jika mereka berbelanja timbul rasa belas di hati kita.

Orang miskin ini bukan membeli beras sekampit 10 kilogram seperti kita lakukan tetapi sekilogram setiap kali ke kedai. Mereka bukan membeli sekotak atau sedozen ubat nyamuk seperti yang kita lakukan tetapi dua lingkaran sekali beli. Mereka bukan membeli minyak masak tiga kilogram sebotol plastik seperti yang biasa kita lakukan, tetapi sepaket kecil yang berharga seringgit dua. Mereka bukan membeli ikan besar yang segar sebaliknya ikan kecil-kecil seperti kembung dan cencaru yang sudah pecah perut kerana harganya murah bagi menampung kehendak anak yang ramai. Bukalah mata luas-luas di kawasan pedalaman nun jauh di sudut desa, akan terlihatlah adegan menyedihkan ini.

Jika kita mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan lebih RM1,000 bagi membiayai seorang anak di sekolah berasrama penuh, bagaimana agaknya golongan ini mahu mencari wang ratusan ringgit (yuran makan anak-anak golongan miskin RM1 sehari) bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang sama?

Tentunya mereka perlu melakukan pengorbanan amat besar seperti seorang bapa melakukan dua tiga pekerjaan; misalnya pada pagi hari menjual nasi lemak, sebelah petang menjala ikan di sungai dan pada sebelah malam menjadi jaga pula.

Saya tidak mengada-adakan cerita tetapi itulah hakikatnya, malah berpengalaman melaluinya. Dulu semasa mahu menyekolahkan lapan anak-anaknya, bapa saya melakukan aneka pekerjaan; waktu kerja biasa sebagai tukang kebun sekolah, menyiapkan nasi lemak dan kuih jualan di kantin sekolah, petangnya menjual barangan kampung dan pada hujung minggu memotong rumput dan membersihkan halaman rumah orang. Dengan pendapatan daripada aneka kerja itu, dapatlah saya dan adik beradik bersekolah sehingga semuanya menjejakkan kaki ke IPT. Jadi benarlah kos pendidikan adalah amat tinggi dan ibu bapa perlu berkorban untuk melihat kejayaan anak-anak!


***********************
Ikut Islam sepenuhnya
***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Allah SWT menjadikan dunia sebagai tempat permainan, gurau senda, penipuan, kesombongan, dan bermegah-megahan. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Luqman 31:33 yang bermaksud: "Janganlah kamu mahu ditipu oleh kehidupan dunia."
***

Syukur ke hadrat Illahi, kita dipanjangkan usia, maka dapatlah kita menyambut dan memperingati ulang tahun keputeraan Nabi besar kita Muhammad s.a.w. pada Selasa, 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011.

Sudah menjadi lumrah di negara kita, pada sambutan Maulud Nabi, pemimpin kerap mengingatkan umat Islam, jadikan Nabi Muhammad s.a.w. suri teladan, ikutilah Islam sepenuhnya tetapi persoalannya adakah orang menasihati itu benar-benar memberi teladan baik atau cakap mereka bagi menyedapkan hati, mulut dan suasana saja?

Sukacita kita mengingati diri sendiri dan juga seluruh umat Islam untuk benar-benar menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. suri teladan kehidupan. Untuk itu, kita berharapkan umat Islam mengambil dan mengamalkan seluruh ajaran Islam bukan separuh-separuh seperti yang kerap berlaku mutakhir ini.

Berhubung mengambil sebahagian ajaran Allah dan meninggalkan sebahagian lain, Allah SWT telah memberi amaran kepada bani Israil melalui ayat 85 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “…Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.”

Dalam Surah Al-Baqarah ini ada dua ayat berdekatan (ayat 178 dan ayat 183) yang meminta orang beriman supaya berhukum dengan hukum Allah (qisas) dan berpuasa, tetapi dalam masyarakat dan negara, kita hanya menekankan bab puasa tetapi gagal berhukum dengan hukum Allah; jadi marilah kita bersama-sama bermuhasabah, menyesali diri serta bertaubat kepada Allah kerana gagal melaksanakan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita.

Orang yang mengaku beriman sewajar tiada halangan bagi melaksanakan semua perintah Allah SWT termasuklah menjalankan hukum hudud dan mencegah kemungkaran. Enggan melaksanakan sebarang perintah Allah adalah jelas menyalahi pengakuan syahadah bahawa kita akan menyerah dan mentaati segala perintah Allah SWT.

Jika pemimpin menyuruh meneladani Nabi Muhammad; apatah politik kita menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya? Kita bimbang kerana ‘politik suku agama suku’ (memisahkan agama dan politik) yang menjadi pegangan sebahagian daripada kita ternyata tersasar daripada apa yang ditunjukkan Nabi kita. Sirah menunjukkan bahawa Nabi cemerlang dalam semua bidang kehidupan sebagai ketua keluarga, imam di masjid, pentadbir seterusnya politikus, negarawan dan pemerintah sebuah empayar besar.

Nabi s.a.w. telah menunjukkan kaedah berpolitik, jadi bagaimana kita tergamak menyatakan politik dan agama terpisah? Dibimbangi kita sudah jauh terpesong, jadi sempena mengingati hari keputeraan baginda, marilah kita sama-sama kembali ke pangkal jalan, menghidupkan sunnah baginda dalam semua bidang kehidupan.

Sewajarnya, penghijrahan untuk meneladani kehidupan Rasul bermula daripada diri sendiri, keluarga kita, masyarakat seterusnya negeri dan negara. Koreksi diri sama ada kita mengikut jejak dan suruhan Rasul atau kita menyeleweng daripadanya.

Misalnya dari segi mematuhi perintah Allah dalam bab berpakaian, adakah kita mengikut kehendak Rasul? Bagi Muslimat adakah kita sudah mengenakan pakaian selayaknya termasuk bertudung labuh bagi menutup perhiasan kita?
Kemudian dalam kehidupan berkeluarga, adakah kita sudah pastikan semua ahli keluarga kita mengikut syariat agama sepenuhnya? Bagaimana sumber pendapatan kita, pendidikan dan akhlak anak-anak; ibadat kita, adakah semuanya menjurus kepada mengikut kehendak Rasul atau kita bernafsu-nafsi?

Kemudian dalam kehidupan bermasyarakat, bernegeri dan bernegara, adakah kita ikut Islam sepenuhnya atau kita ambil apa yang kita fikir baik dan meninggalkan apa yang kita fikir tidak baik? Nauzubillah, janganlah kita termasuk golongan diberi amaran Allah SWT seperti bani Israil kerana mengambil agama separuh-paruh!


http://lanh14.blogspot.com/2011/02/ikut-islam-sepenuhnya.html

Kisah sahabat - Uwais

TERDAPAT seorang pemuda tinggal di negeri Yaman. Pemuda itu bernama Uwais bin al-Qarni. Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Beliau bekerja sebagai pengembala unta. Unta-unta itu adalah milik abangnya yang terletak di sebuah tempat bernama Qarni.

Selain itu, Uwais juga membuat kerja-kerja sampingan seperti membersihkan kebun orang dan memetik buah kurma. Rezeki yang diperolehinya itu, hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Ayahnya sudah meninggal dunia. Uwais bergantung kasih sayang kepada ibunya yang sudah tua dan lumpuh. Beliau anak yang baik. Beliau sanggup menjaga ibunya yang lumpuh pada malam hari, sedangkan pada siang harinya, beliau sibuk mencari nafkah bagi menyara diri dan ibunya.

“Uwais adalah seorang anak yang taat dan patuh kepada ibunya. Beliau sanggup menjaga ibunya yang lumpuh dan buta. Beliau juga tidak pernah mengeluh atau menyesal mempunyai ibu seperti itu,” kata seorang penduduk yang tinggal di kampung itu.

Sikap Uwais yang sangat baik menjadi sebutan orang ramai di kampung itu. Malah, ibunya yang tua itu menjadi semakin kasih dan sayang pada anaknya itu.

Pada suatu hari, Uwais mendapat berita, Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam berperang di Bukit Uhud.

Peperangan itu dinamakan Perang Uhud. Uwais al-Qarni mendapat tahu Nabi Muhammad tercedera dalam perang itu. Malah, gigi Nabi Muhammad juga turut patah kerana diserang oleh musuh.

“Gigi Nabi Muhammad patah. Saya sepatutnya melawat Nabi Muhammad sekarang. Saya mahu merawat kesakitan beliau. Tetapi saya tidak dapat pergi ke sana,” bisik Uwais seorang diri.

Uwais sedih sendirian apabila mengenangkan kecederaan yang berlaku pada Nabi Muhammad. Kemudian, beliau mengambil seketul batu.

“Saya mahu mengetuk batu ini pada gigi saya supaya saya dapat merasakan kesakitan seperti mana yang ditanggung oleh Nabi Muhammad pada masa ini,” kata Uwais seorang diri.

Rasa cintanya kepada Nabi Muhammad tidak dapat diungkap dengan kata-kata lagi. Tanpa berfikir panjang, Uwais mengambil seketul batu dan mengetuk giginya sehingga patah. Darah mengalir keluar dan beliau merasai kesakitannya.

Uwais al-Qarni mahu berjumpa Nabi Muhammad di kota Madinah. Tetapi beliau tidak dapat pergi lama kerana dia mempunyai ibu yang sudah tua dan lumpuh. Tetapi, ibu Uwais mengizinkannya pergi berjumpa Nabi Muhammad.

“Saya Uwais al-Qarni. Saya datang mahu berjumpa Nabi Muhammad. Saya datang dari Yaman,” kata Uwais kepada Aisyah binti Abu Bakar.

“Maafkan saya, Nabi Muhammad tiada di rumah. Beliau berada di medan Perang Uhud,” jawab Aisyah.

Uwais tergamam seketika.

“Perlukah saya menunggu Nabi Muhammad pulang. Ibu saya sakit di rumah. Tiada sesiapa menjaganya,” bisik Uwais.

Akhirnya, Uwais terpaksa pulang ke rumahnya segera. Ibunya sakit di rumah. Beliau berasa kecewa kerana tidak dapat berjumpa Nabi Muhammad.

“Sampaikan salam saya kepada Nabi Muhammad dengan lafaz assalamualaikum,” kata Uwais dan beredar pergi.

Selepas berjaya melawan musuh dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad pulang ke rumah. Seperti biasa, beliau bertanya kepada isterinya, “Adakah sesiapa mahu berjumpa saya selama saya tiada di rumah?”

“Ada. Seorang pemuda bernawa Uwais al-Qarni. Beliau datang mahu berjumpa tuan. Saya lihat beliau begitu kecewa selepas mengetahui tuan tiada di rumah,” kata Aisyah kepada Nabi Muhammad.

“Beliau memberitahu saya, beliau tidak dapat menunggu tuan kerana ibunya sakit di rumah. Tambahan pula, tiada sesiapa menjaga ibunya,” jelas Aisyah, isteri Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum mendengar penjelasan itu.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada kepada sahabat yang lain, “Sekiranya kamu mahu mengenali Uwais al-Qarni, kamu dapat lihat di tengah tapak tangannya ada tanda berwarna putih”.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Ali dan Umar al-Khattab, “Apabila kamu berdua berjumpa Uwais al-Qarni nanti, kamu mintalah beliau berdoa dan memohon keampunan daripada Allah. Beliau adalah penghuni langit”.

Begitulah kisah seorang sahabat yang sangat menyayangi dan mengasihi Nabi Muhammad. Seorang pemuda yang patuh dan taat kepada ibunya yang tua dan sakit lumpuh itu.


Petikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.