Tuesday, January 4, 2011

Cikgu baru di tahun baru....

Kisah sedih anak Melayu berkongsi baju sekolah

Salam,
 http://pkrlabuan.files.wordpress.com/2010/10/lukarakyat1.jpg
 Gambar hiasan

Setiap kali bermulanya musim persekolahan , Pak Menteri di Malaysia akan bersuara “ Jangan bebankan ibu bapa dengan bayaran yang tinggi” memberi ingatan kepada pentadbir sekolah.

Esoknya , keluarlah berita berkenaan dalam media massa utama. Rakyat terutama yang berfahaman Umno totok pun mendabik dada berlejeh air liur berkata “ baguihnya , kerajaan kita”

Hakikatnya, Pak Menteri bercakap hanya untuk melepaskan diri kerana ibu bapa yang anaknya bersekolah pasti kena membayar yuran naik setiap tahun. Mana ada yuran, kan kerajaan dah hapuskan yuran? Bukan hapus sebenarnya tapi tukar nama jadi bayaran tambahan.

Ibu bapa berfahaman Umno totok selalu akan marah kepada guru kelas  yang kutip bayaran tambahan di sekolah. Kononnya, menteri dah arah jangan bebankan ibu bapa. Tahukah mereka, guru kelas kalau bukan arahan pentadbir sekolah tak ada yang saja-saja nak kutip duit dari pelajar.

Sekolah pun tak boleh nak salahkan juga, sebab kalau tak kutip bayaran tambahan mana nak cari duit untuk laksana aktiviti kepada pelajar di sekolah. Kerajaan mana ada bagi peruntukan untuk semua aktiviti, potong peruntukan lagi ada. 

Mesyuarat agung PIBG pula jadi  tempat meluluskan berapa bayaran tambahan, ibu bapa ramai yang tak pergi mesyuarat agung. Kalau pergi pun malu nak bercakap,  jadi kenalah bayar bayaran tambahan.

Memang la tak wajib bayar, tapi pentadbir sekolah dok suruh guru kelas minta hari-hari. Kalau kelas mereka ramai tak bayar , guru besar atau pengetua pandang semacam ja. Jadi terpaksalah minta pelajar bayar. Pelajar pun ada sifat malunya, dah hari-hari cikgu minta bayar yuran nak pi sekolah pun malu.

Pelajar pun hari-hari peringat ibu bapa suruh cari duit bayar yuran. Akhirnya, terpaksalah bayar yuran walaupun ada bayaran lain yang lebih penting patut didahulukan. 

Bukan bayaran tambahan sahaja kena bayar, yuran PIBG, buku nota dan latihan, alat tulis, beg sekolah, pakaian sekolah , bas sekolah. Paling rendah untuk seorang anak ibu bapa kena keluar RM 300. Bayangkan jika ada 3 hingga 5 anak bersekolah.

Inilah yang berlaku setiap tahun, ibu bapa terpaksa hadapinya semata-mata kerana nak sekolahkan anak-anak. Ibu bapa yang senang tak ada masalah, tapi ibu bapa yang pendapatannya kecil akan rasai  peritnya.

Penulis akan paparkan kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah….. 

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. 

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. 

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. 

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. 

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. 

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. 

Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. 

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. 

Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 

 “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” 

Dia terkejut dan wajahnya berubah. 

 “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya 

 “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” 

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” 

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. 

Cerita-cerita  begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut; 
i. Solat sunat 
ii. puasa sunat 
iii. berzikir 
iv. bersedekah 
v. mengusap rambut anak yatim 
vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain 
vii. membantu orang susah

No comments:

Post a Comment