Monday, February 28, 2011

Pesanan Tok Kenali

peringatan drpd Tok  Kenali....


 
Tok Kenali (Syaikh Muhammad Yusof Ahmad)

ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan

kuasailah pengetahuan agama dan politik

ilmu itu apa yang terguris dalam hati

pengetahuan manusia terbatas.

Mengaku salah jika bersalah.

Sunnah Tuhan sudahlah wajar

biar mati adat, jangan mati syarak.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Bertanya pada yang tahu.

Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya.

Doa adalah senjata orang mukmin.

Antara sajaknya yang lain menunjukkan betapa tidak selesanya beliau kepada budaya merokok

Perokok itu terhina,

Dungu, membazir dan keji,

kerendahan bagi penagihnya, pasti.

Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati.

Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.

Antara kata-kata hikmatnya:

“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu”

“mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran”,


Dibawah pula doa yang dikatakan sering menjadi amalan Tuk Kenali dan murid-murid beliau sehingga sesudah itu dikenal pula dengan “Doa Tuk Kenali” (Doa mengiringi sembahyang Lima Waktu) yang antara lain bererti: 

wahai tuhan, sesungguhnya saya pohon pada Engkau pemberiannya sempurna , kesihatan yang berkekalan, rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna. Saya pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup, puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan, juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah.”

Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas. Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami, buktikanlah hasrat kami dengan penambahan amalan. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-petang.

Wahai Tuhanku, tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan kepada engkau kami menggantung harapan”.

Dibawah ini sajak yang paling saya suka sila baca bait terakhirnya
(Simbol besi serta keris semua itu dibinasakan Allah)

(sya’ir buat mereka yang mengerti dan memahami)
“Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku,
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku,
Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat,
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad,
Simbol besi serta keris, sekeliannya itu dibinasakan Allah”

-ijoks2009-
Biodata tok kenali disini
Sumber rujukan Disini dan Disini
P/s: Soalan cepu emas ,
Macammana tok kenali dah boleh agak yang suatu hari nanti Islam akan dikianati oleh parti yang guna simbol keris ni ,hehehe

Kisah laknat seekor kuda


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_kTE5qTm3Q_zWg3bs9U32OciYJQuohvOjz4CKw8sOmkaXagyMRoQe7w521Jim6ncUwIq0Q1-HiL8H1b3vuE2uGHrFROKTp8t0pmhx7K8ZXkM2O35oTi0cfIQfUAdXvd5Ox2inbZ-mdgZt/s1600/kuda+luna+maya.jpeg
Gambar hiasan

Suatu hari, Abdullah bin Al-Mubarak pergi ke pasar. Dia telah melihat seekor kuda dijual dengan harga 40 dirham. "Alangkah murahnya kuda ini." katanya.

"Tetapi ada cacatnya," sahut pembeli yang lain.

"Apakah kecacatan kuda ini?" tanya Abdullah.

"Tidak boleh mengejar musuh dan tidak boleh lari dari musuh. Ia akan duduk tetap di tempatnya." ujar pembeli menghina kuda yang murah itu.

"Kalau begitu, kuda ini sungguh bernilai" kata Abdullah sambil berlalu dari situ.

Kuda hina yang dianggap bernilai oleh Abdullah itu akhirnya dibeli oleh anak muridnya. Ketika berlaku perang, dai maju ke medan dengan menunggang kuda itu dan ternyata, ianya berfungsi dengan baik sekali.

Mendengar berita itu, Abdullah bertanya muridnya, "Sudahkah engkau mencuba kecacatannya?"

Dengan jujur, muridnya menjawab, "Betul kuda itu sebagaimana yang tuan guru ceritakan. Ketika saya membeli kuda itu, saya membisikkan ke telinganya 'Hai kudaku, sesungguhnya aku telah bertaubat meninggalkan dosa, maka hari ini, kau harus meninggalkan cacat celamu," kata murid itu. Mendengarkan bisikannya itu, kuda itu menggerak-gerakkan kepala seolah-olah menjawab, "Aku telah meninggalkan dosa,"

Kepada gurunya, murid itu meneruskan cerita, "Di sini aku mengerti bahawa cacat cela itu bukan datang dari kuda, tetapi datang dari pemiliknya. Akibatnya orang kafir itu harus turun dari kudanya. Orang yang zalim seperti juga orang kafir, akan dilaknati oleh kudanya."

Kepada gurunya, murid itu menghuraikan firman Allah dalam surah Hud ayat 8 yang bermaksud : "....ingatlah, kutukan Allah akan ditimpa pada orang-orang yang zalim,"

Dalam ayat tersebut dikatakan, apabila Allah melaknati orang-orang zalim, seluruh miliknya termasuk kudanya akan sama dilaknatinya. Tak hairanlah jika kuda itu ikut melaknati tuannya yang zalim dan kafir itu. Begitu juga laknat yang menimpa orang munafik dan takabbur, sehingga terpaksa mengalah dan turun dari kuda tungganggannya. 
 
http://tulahan.blogspot.com/2011/02/kisah-laknat-seekor-kuda_27.html

Kisah ibu Smith memeluk Islam kerana akhlak anak


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAXpEGJW0qkkXSeDV6u87JJoanC96FzUaLabtcmKOssq9pzLOouiPHjjoXBThiC0vt8EevJasYQ_zx_VFvAqt7cAHPZtsYUJ_JGE62DENLxqjASPgfeuROFi-tbeSH4Pi6diAxHEt5XMLe/s320/doa-untuk-ibu-bapa_1024.jpg
Kisah ini tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah memeluk agama Islam daripada Kristian. Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban , Imam di Masjid Ar-Rahmah di Washington, USA.

Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 1996 , ibunya telah jatuh sakit di Chicago. Ketika dia tiba di rumah ibunya, ia membuka pintu dan ibunya berkata, “Adakah anda Smith?”

Dia berkata, “Ibu, Tidak, Nama saya sekarang adalah Muhammad Abdullah.” “Adakah anda Muslim?” Tanyanya.

Dia berkata, “Ya”.

Ibunya menjadi sangat marah, dan menanyakan mengapa ia mengikuti agama pengganas, kekerasan, dll Ibunya turut mengatakan macam-macam tentang betapa buruknya agama Islam.

Muhammad Abdullah memahami bahawa ibunya telah dicuci otak oleh media. Jadi, selama dia tinggal bersama selama dua minggu, ia tidak pernah berbicara tentang Islam.

Dia hanya menunjukkan dia Islam melalui tindakannya. Dia memasak, membersihkan rumah, membawa ubat-ubatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur.

Ringkasannya, dia memberikan layanan yang baik dan mengambil berat, dengan kebaikan. Ketika tiba waktunya untuk berdoa, dia meminta izin dan berdoa di sisi ibunya.

“Smith, datang ke sini,” kata ibunya selepas dua minggu. “Tahukah anda bahawa ketika anda masih kecil, ayahmu sering membawa anda ke gereja?

Tetapi gereja tidak pernah berubah gaya hidup anda. Bila anda menjadi seorang remaja, anda gunakan untuk pulang ke rumah mabuk-mabuk , dan memanggil nama saya dengan kurang ajar .

“Tapi sekarang anda benar-benar berubah. Anda terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak anda dan abang anda, yang tinggal di bandar ini, hanya menghantar bunga padaku dan memanggil saya melalui telefon. Selain itu, anda selalu membuat saya senang selama dua minggu.

Muhammad Abdullah berkata: “Bu, ini adalah Islam. Adakah anda tahu bahawa setelah Allah SWT meminta saya untuk menyembah Dia, Dia SWT akan meminta saya untuk bersikap baik kepada anda? (17:23).

Dan Nabi Muhammad saw (saw) mengatakan bahawa jika saya menyenangkan Allah, dan aku tidak menyenangkan anda, saya tidak akan boleh masuk syurga. Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa syurga berada di bawah kaki ibumu. ”

Lalu ibunya berkata, “Smith! Apa yang harus saya lakukan jika saya ingin menjadi seperti anda?”

“Adakah anda yakin, Bu? Kau kata sebelum ini bahawa ini adalah agama pengganas,” kata Smith.

Ibunya berkata, “Ya, saya yakin, kerana itu mengubah hidup anda. Ini mengubah keperibadian anda dan perilaku anda.”

Ibunya meninggal 3 tahun selepas itu dan Muhammad Abdullah Smith juga telah meninggal dunia pada 12 Mac 2008 . Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun

Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya. Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama sekarang di tempat yang indah, amin.LoveloveIslam
 
http://tulahan.blogspot.com/2011/02/kisah-ibu-smith-memeluk-islam-kerana_28.html#more 

Saturday, February 26, 2011

bob lokman masuk PAS sebab apa?

Pengakuan Bob Lokman

Jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu. secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PAS di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH. Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat. bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM



http://lensafakhri90.wordpress.com/2011/02/19/bob-lokman-sertai-pas/

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS KEBANGSAAN!!!










Thursday, February 24, 2011

Ikut Islam Sepenuhnya....

Berkorban untuk pendidikan anak-anak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Apabila berasa was-was - untuk melawan hasutan syaitan, hendaklah anda sentiasa mengingati Allah Taala sebagaimana difirmankan oleh Allah bermaksud: "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (Al-A'raaf 200,201)
***

APABILA bulan Januari merangkak pergi, saya fikir sudah amanlah kedudukan kewangan saya, maklumlah anak-anak sudah selesa belajar di sekolah masing-masing. Rupa-rupanya tidak; lebih daripada separuh gaji akhir Januari terpaksa dikorbankan untuk membereskan bayaran yuran anak-anak di sekolah berasrama penuh.

Sebelum ini hampir separuh gaji akhir Disember tahun lalu telah digunakan untuk membiayai pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak seperti buku, beg, pakaian dan juga pelbagai yuran.

Ertinya sudah dua bulan, ibu bapa yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah terpaksa menyisihan sebahagian besar daripada wang perolehan mereka seperti gaji bagi menampung kos pendidikan. Jadi kebanyakan ibu bapa kini sudah ‘kering kontang’, kasihan mereka!

Ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, anak-anak yang belajar di sekolah berasrama penuh pulang bersama-sama senarai yuran yang perlu dibereskan ibu bapa. Melihat senarai bayaran, ada ibu bapa mungkin terasa hendak pitam.

Untuk bayaran makanan saja ibu bapa yang berpendapatan RM5,000 dan lebih sebulan perlu membayar RM750. Jumlah hari persekolahan adalah 250 hari didharabkan dengan RM3 sehari, jadilah RM750. Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang RM5,000, bayarannya adalah sebanyak RM250 (250 hari dharab dengan RM1 sehari).

Dicampur dengan pelbagai yuran lain seperti asrama, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), aktiviti dan sebagainya, jumlah wang dibelanjakan untuk seorang anak di sekolah berasrama penuh boleh mencapai RM1,500. Itu baru seorang, kalau ada tiga orang anak di sekolah berkenaan, tidakkah mahu pitam seseorang bapa dibuatnya!

Selain kos persekolahan anak-anak di sekolah berasrama penuh, mereka yang belajar di sekolah rendah belanjanya pun mahal. Bagi seorang anak yang memulakan pengajian pada tahun baru, kos seorang boleh mencecah sehingga RM500. Pada sesi baru tahun ini, tambang bas sekolah seorang anak saya sudah naik – daripada RM35 sebulan ke RM50.

Bagi keluarga berpendapatan sederhana seperti saya, 50 peratus daripada pendapatan disalurkan kepada keperluan pendidikan anak-anak. Bakinya adalah bagi menampung keperluan makanan, pelbagai bil, bayaran rumah dan kenderaan, kos pengangkutan serta sumbangan kepada ibu bapa. Habis bulan habislah wang, tetapi ada yang malang; baru separuh bulan duit sudah habis.

Saya katakan 50 peratus gaji adalah untuk keperluan pendidikan kerana anak-anak yang memasuki pusat pengajian tinggi memerlukan kos lebih besar. Seorang wanita yang anaknya berada di universiti tempatan memberitahu saya dia mengirimkan RM500 sebulan kepada seorang anak bagi menampung kos makanan dan belanja rencam seperti tambang pengangkutan awam.
Kalau seseorang itu ada tiga anak di universiti, jumlahnya sudah memasuki angka ribuan. Itu baru belanja makanan, bagaimana yuran pengajian dan pelbagai yuran lain yang perlu dibereskan pada awal semester? Memang benar pelajar diberi pinjaman tetapi biasanya jumlah itu tidak memadai.

Demikianlah betapa besar perbelanjaan bagi menghantar anak-anak ke sekolah atau pusat pengajian tinggi. Mereka yang berpendapatan sederhana seperti saya bolehlah tahan, tetapi bagaimana golongan miskin?

Pernah saya membaca laporan bahawa di negara kita ini 80 peratus daripada pendapatan golongan berpendapatan rendah digunakan untuk membeli makanan. Katakan gaji seorang pekerja bertarap rendah RM1,000 sebulan; ini bermakna RM800 daripadanya digunakan untuk membeli makanan, bakinya tinggal RM200 saja. Apakah dengan wang RM200 ini boleh membayar sewa rumah dan menyelesaikan pelbagai bil? Bagaimana mereka mahu membiayai persekolahan anak-anak?

Bingung saya memikirkan bagaimana golongan ini dapat menghadapi hidup. Kasihan mereka, dengan kenaikan harga barangan keperluan, kehidupan golongan ini sebenarnya adalah terlalu sukar. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sebenarnya golongan miskin ini tidak jauh daripada kehidupan kita, cuma kita gagal menjenguk apatah lagi menyelami penderitaan mereka. Sekalipun miskin, mereka ada harga diri sebab itu mereka tidak meminta-minta. Jadi bukalah mata hati untuk mengenali mereka yang jika mereka berbelanja timbul rasa belas di hati kita.

Orang miskin ini bukan membeli beras sekampit 10 kilogram seperti kita lakukan tetapi sekilogram setiap kali ke kedai. Mereka bukan membeli sekotak atau sedozen ubat nyamuk seperti yang kita lakukan tetapi dua lingkaran sekali beli. Mereka bukan membeli minyak masak tiga kilogram sebotol plastik seperti yang biasa kita lakukan, tetapi sepaket kecil yang berharga seringgit dua. Mereka bukan membeli ikan besar yang segar sebaliknya ikan kecil-kecil seperti kembung dan cencaru yang sudah pecah perut kerana harganya murah bagi menampung kehendak anak yang ramai. Bukalah mata luas-luas di kawasan pedalaman nun jauh di sudut desa, akan terlihatlah adegan menyedihkan ini.

Jika kita mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan lebih RM1,000 bagi membiayai seorang anak di sekolah berasrama penuh, bagaimana agaknya golongan ini mahu mencari wang ratusan ringgit (yuran makan anak-anak golongan miskin RM1 sehari) bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang sama?

Tentunya mereka perlu melakukan pengorbanan amat besar seperti seorang bapa melakukan dua tiga pekerjaan; misalnya pada pagi hari menjual nasi lemak, sebelah petang menjala ikan di sungai dan pada sebelah malam menjadi jaga pula.

Saya tidak mengada-adakan cerita tetapi itulah hakikatnya, malah berpengalaman melaluinya. Dulu semasa mahu menyekolahkan lapan anak-anaknya, bapa saya melakukan aneka pekerjaan; waktu kerja biasa sebagai tukang kebun sekolah, menyiapkan nasi lemak dan kuih jualan di kantin sekolah, petangnya menjual barangan kampung dan pada hujung minggu memotong rumput dan membersihkan halaman rumah orang. Dengan pendapatan daripada aneka kerja itu, dapatlah saya dan adik beradik bersekolah sehingga semuanya menjejakkan kaki ke IPT. Jadi benarlah kos pendidikan adalah amat tinggi dan ibu bapa perlu berkorban untuk melihat kejayaan anak-anak!


***********************
Ikut Islam sepenuhnya
***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Allah SWT menjadikan dunia sebagai tempat permainan, gurau senda, penipuan, kesombongan, dan bermegah-megahan. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Luqman 31:33 yang bermaksud: "Janganlah kamu mahu ditipu oleh kehidupan dunia."
***

Syukur ke hadrat Illahi, kita dipanjangkan usia, maka dapatlah kita menyambut dan memperingati ulang tahun keputeraan Nabi besar kita Muhammad s.a.w. pada Selasa, 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011.

Sudah menjadi lumrah di negara kita, pada sambutan Maulud Nabi, pemimpin kerap mengingatkan umat Islam, jadikan Nabi Muhammad s.a.w. suri teladan, ikutilah Islam sepenuhnya tetapi persoalannya adakah orang menasihati itu benar-benar memberi teladan baik atau cakap mereka bagi menyedapkan hati, mulut dan suasana saja?

Sukacita kita mengingati diri sendiri dan juga seluruh umat Islam untuk benar-benar menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. suri teladan kehidupan. Untuk itu, kita berharapkan umat Islam mengambil dan mengamalkan seluruh ajaran Islam bukan separuh-separuh seperti yang kerap berlaku mutakhir ini.

Berhubung mengambil sebahagian ajaran Allah dan meninggalkan sebahagian lain, Allah SWT telah memberi amaran kepada bani Israil melalui ayat 85 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “…Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.”

Dalam Surah Al-Baqarah ini ada dua ayat berdekatan (ayat 178 dan ayat 183) yang meminta orang beriman supaya berhukum dengan hukum Allah (qisas) dan berpuasa, tetapi dalam masyarakat dan negara, kita hanya menekankan bab puasa tetapi gagal berhukum dengan hukum Allah; jadi marilah kita bersama-sama bermuhasabah, menyesali diri serta bertaubat kepada Allah kerana gagal melaksanakan Islam sepenuhnya dalam kehidupan kita.

Orang yang mengaku beriman sewajar tiada halangan bagi melaksanakan semua perintah Allah SWT termasuklah menjalankan hukum hudud dan mencegah kemungkaran. Enggan melaksanakan sebarang perintah Allah adalah jelas menyalahi pengakuan syahadah bahawa kita akan menyerah dan mentaati segala perintah Allah SWT.

Jika pemimpin menyuruh meneladani Nabi Muhammad; apatah politik kita menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya? Kita bimbang kerana ‘politik suku agama suku’ (memisahkan agama dan politik) yang menjadi pegangan sebahagian daripada kita ternyata tersasar daripada apa yang ditunjukkan Nabi kita. Sirah menunjukkan bahawa Nabi cemerlang dalam semua bidang kehidupan sebagai ketua keluarga, imam di masjid, pentadbir seterusnya politikus, negarawan dan pemerintah sebuah empayar besar.

Nabi s.a.w. telah menunjukkan kaedah berpolitik, jadi bagaimana kita tergamak menyatakan politik dan agama terpisah? Dibimbangi kita sudah jauh terpesong, jadi sempena mengingati hari keputeraan baginda, marilah kita sama-sama kembali ke pangkal jalan, menghidupkan sunnah baginda dalam semua bidang kehidupan.

Sewajarnya, penghijrahan untuk meneladani kehidupan Rasul bermula daripada diri sendiri, keluarga kita, masyarakat seterusnya negeri dan negara. Koreksi diri sama ada kita mengikut jejak dan suruhan Rasul atau kita menyeleweng daripadanya.

Misalnya dari segi mematuhi perintah Allah dalam bab berpakaian, adakah kita mengikut kehendak Rasul? Bagi Muslimat adakah kita sudah mengenakan pakaian selayaknya termasuk bertudung labuh bagi menutup perhiasan kita?
Kemudian dalam kehidupan berkeluarga, adakah kita sudah pastikan semua ahli keluarga kita mengikut syariat agama sepenuhnya? Bagaimana sumber pendapatan kita, pendidikan dan akhlak anak-anak; ibadat kita, adakah semuanya menjurus kepada mengikut kehendak Rasul atau kita bernafsu-nafsi?

Kemudian dalam kehidupan bermasyarakat, bernegeri dan bernegara, adakah kita ikut Islam sepenuhnya atau kita ambil apa yang kita fikir baik dan meninggalkan apa yang kita fikir tidak baik? Nauzubillah, janganlah kita termasuk golongan diberi amaran Allah SWT seperti bani Israil kerana mengambil agama separuh-paruh!


http://lanh14.blogspot.com/2011/02/ikut-islam-sepenuhnya.html

Kisah sahabat - Uwais

TERDAPAT seorang pemuda tinggal di negeri Yaman. Pemuda itu bernama Uwais bin al-Qarni. Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Beliau bekerja sebagai pengembala unta. Unta-unta itu adalah milik abangnya yang terletak di sebuah tempat bernama Qarni.

Selain itu, Uwais juga membuat kerja-kerja sampingan seperti membersihkan kebun orang dan memetik buah kurma. Rezeki yang diperolehinya itu, hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Ayahnya sudah meninggal dunia. Uwais bergantung kasih sayang kepada ibunya yang sudah tua dan lumpuh. Beliau anak yang baik. Beliau sanggup menjaga ibunya yang lumpuh pada malam hari, sedangkan pada siang harinya, beliau sibuk mencari nafkah bagi menyara diri dan ibunya.

“Uwais adalah seorang anak yang taat dan patuh kepada ibunya. Beliau sanggup menjaga ibunya yang lumpuh dan buta. Beliau juga tidak pernah mengeluh atau menyesal mempunyai ibu seperti itu,” kata seorang penduduk yang tinggal di kampung itu.

Sikap Uwais yang sangat baik menjadi sebutan orang ramai di kampung itu. Malah, ibunya yang tua itu menjadi semakin kasih dan sayang pada anaknya itu.

Pada suatu hari, Uwais mendapat berita, Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam berperang di Bukit Uhud.

Peperangan itu dinamakan Perang Uhud. Uwais al-Qarni mendapat tahu Nabi Muhammad tercedera dalam perang itu. Malah, gigi Nabi Muhammad juga turut patah kerana diserang oleh musuh.

“Gigi Nabi Muhammad patah. Saya sepatutnya melawat Nabi Muhammad sekarang. Saya mahu merawat kesakitan beliau. Tetapi saya tidak dapat pergi ke sana,” bisik Uwais seorang diri.

Uwais sedih sendirian apabila mengenangkan kecederaan yang berlaku pada Nabi Muhammad. Kemudian, beliau mengambil seketul batu.

“Saya mahu mengetuk batu ini pada gigi saya supaya saya dapat merasakan kesakitan seperti mana yang ditanggung oleh Nabi Muhammad pada masa ini,” kata Uwais seorang diri.

Rasa cintanya kepada Nabi Muhammad tidak dapat diungkap dengan kata-kata lagi. Tanpa berfikir panjang, Uwais mengambil seketul batu dan mengetuk giginya sehingga patah. Darah mengalir keluar dan beliau merasai kesakitannya.

Uwais al-Qarni mahu berjumpa Nabi Muhammad di kota Madinah. Tetapi beliau tidak dapat pergi lama kerana dia mempunyai ibu yang sudah tua dan lumpuh. Tetapi, ibu Uwais mengizinkannya pergi berjumpa Nabi Muhammad.

“Saya Uwais al-Qarni. Saya datang mahu berjumpa Nabi Muhammad. Saya datang dari Yaman,” kata Uwais kepada Aisyah binti Abu Bakar.

“Maafkan saya, Nabi Muhammad tiada di rumah. Beliau berada di medan Perang Uhud,” jawab Aisyah.

Uwais tergamam seketika.

“Perlukah saya menunggu Nabi Muhammad pulang. Ibu saya sakit di rumah. Tiada sesiapa menjaganya,” bisik Uwais.

Akhirnya, Uwais terpaksa pulang ke rumahnya segera. Ibunya sakit di rumah. Beliau berasa kecewa kerana tidak dapat berjumpa Nabi Muhammad.

“Sampaikan salam saya kepada Nabi Muhammad dengan lafaz assalamualaikum,” kata Uwais dan beredar pergi.

Selepas berjaya melawan musuh dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad pulang ke rumah. Seperti biasa, beliau bertanya kepada isterinya, “Adakah sesiapa mahu berjumpa saya selama saya tiada di rumah?”

“Ada. Seorang pemuda bernawa Uwais al-Qarni. Beliau datang mahu berjumpa tuan. Saya lihat beliau begitu kecewa selepas mengetahui tuan tiada di rumah,” kata Aisyah kepada Nabi Muhammad.

“Beliau memberitahu saya, beliau tidak dapat menunggu tuan kerana ibunya sakit di rumah. Tambahan pula, tiada sesiapa menjaga ibunya,” jelas Aisyah, isteri Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum mendengar penjelasan itu.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada kepada sahabat yang lain, “Sekiranya kamu mahu mengenali Uwais al-Qarni, kamu dapat lihat di tengah tapak tangannya ada tanda berwarna putih”.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Ali dan Umar al-Khattab, “Apabila kamu berdua berjumpa Uwais al-Qarni nanti, kamu mintalah beliau berdoa dan memohon keampunan daripada Allah. Beliau adalah penghuni langit”.

Begitulah kisah seorang sahabat yang sangat menyayangi dan mengasihi Nabi Muhammad. Seorang pemuda yang patuh dan taat kepada ibunya yang tua dan sakit lumpuh itu.


Petikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Wednesday, February 23, 2011

Doa Selamat hari lahir...

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, bapa dan muaalim yang soleh..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…

Terimalah pemohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.