Sunday, February 6, 2011

Lembaran Baharu..... Isnin 7/2/2011~ 4 rabiulawal 1432H



salam...


Anakku, nanti moga dengan Izin Allah engkau mampu membaca.

Sungguh, Allah punca segala ilmu, yang telah mengajar kita tentang pengatahuan. Sedangkan pengetahuan itu Bersih, sesuai dengan sifatnya dari Allah yang Maha Mengatahui. Ilmu yang bersih inilah telah mewujudkan ikatan Kita, anakku. Maha suci Allah, betapa agungnya Ilmu Allah yang telah mereka suatu sistem kekeluargaan. Engkau Anak-ku, aku ayah-mu, Umi Ibu-mu. Sebagaimana Allah menciptakan sistem bertuhan, Allah tuhan kita semua.... dan kita hanyalah hamba yang diuji amalan didunia sampai kita dikembalikan menghadap Allah s.w.t.

Anakku,

hari ini, Umi(Ibu-mu) sangat gembira dengan kehadiran mu.... walaupun sebelum ini samar2... Hari ini ianya agak jelas. Kehadiran mu dalam hidup kami sudah menampakkan tanda.



Anakku.... Ingat tarikh ini, Isnin 7 hb Februari 2011. Umi telah meneropong pada kajian sains untuk percaya yang engkau telah ada. Yang sebelum ini setelah Umi berkahwin dengan Abi hampir 10 bulan, Umi sabar menunggu.




Allah maha Tahu kesabaran Umi mu menunggu. Dan Allah lah sebaik-baik tempat berharap.


Anakku... 6.30 pagi hari ini, dengan Alat Pregnancy Test, Umi dan Abi bersyukur... anakku sudah menunjukkan tanda. semoga Allah tetap memeliharamu selama-lamanya..... Anakku.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..syukur pada Allah..moga terus dilindungi dan dirahmati...

    ReplyDelete